23DEC15F2008

Saturday, 20 August 2016

Bagaimana Memupuk Patriotisme......??


Menghadapi keadaan di atas, bagaimanakah patriotisme dapat dipupuk dan diterapkan di kalangan generasi muda kita?

Bagi generasi muda di Malaysia, idea patriotisme termaktub di dalam Dasar Pembangunan Belia Negara (sebelum 1997, Dasar Belia Negara) dan mendasari Program Khidmat Sosial Negara (PKSN) yang diperkenalkan pada lewat 1990-an.

Kini dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dikelolakan kerajaan di bawah Kementerian Pertahanan. Dalam dasar dan melalui program ini peningkatan patriotisme dan semangat kesukarelawanan digalakkan melalui kerja-kerja amal, kebajikan dankemasyarakatan. Melalui kegiatan-kegiatan tersebut perasaan simpati, bertimbang rasa dan cinta kepada bangsa dan negara akan bercambah dan berkembang.

Dalam perkara ini, pertubuhan-pertubuhan belia dan sukarela yang lain harus memainkan peranan aktif mereka. Seluruh prasarana, struktur, dan rangkaian kerja belia yang telah wujud sekian lama boleh dimanfaatkan sebaiknya. Dengan program-program yang menarik dan yang boleh mendatangkan kesan positif, para remaja belia kita sepatutnya dapat digemblengkan untuk kegiatan-kegiatan demikian.


Satu kegiatan lain yang boleh dipertimbangkan ialah pendidikan kepenggunaan. Ini bertujuan menyedarkan belia agar menjadi pengguna yang baik dan berhemat. Isu kepenggunaan amat penting bagi generasi muda kerana mereka sering merupakan sasaran penting pihak industri dan pengeluar barangan. Pelbagai bentuk tarikan, nilai dan selera baru dicipta atau diadakan untuk mempengaruhi dan memperdaya remaja belia agar membeli atau terus berbelanja. Itu sebabnya jika pendidikan kepenggunaan dapat dijadikan suatu program utama dan tersebar luas di kalangan remaja belia ia mampu membantu pembangunan ekonomi kita di samping memanfaatkan kehidupan remaja belia sendiri.

Mengapa Patriotisme Penting Sekarang?

Di kalangan generasi muda Khususnya, patriotisme dikatakan semakin menjadi suatu isu penting . Beberapa faktor dadat dikemukan bagi menyokong kenyataan tersebut.









Tuesday, 9 August 2016

JENIS PATRIOTISME

 JENIS PATRIOTISME


Nilai patriotisme boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:


             (i)Patriotisme peribadi
             (ii) Patritisme rasmi

Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai-nilai
patriotik tertentu seperti menghormati bendera.
Kerajaan memupuk patriotisme rasmi yang penuh isi simbolik dan istiadatnya.
Patriotisme ini adalah kepentingan logik negeri itu sendiri, yang memperoleh
kesahan dari menjadi penyataan kebaikan bersama komuniti politik. Tugu negara dan
Hari Bekas Perajurit dan upacara peringatan merupakan contoh-contoh tipikal bagi
jenis patriotisme ini. Selalunya patriotisme rasmi diatur oleh protokol, dengan kaedah-kaedah tertentu untuk mengendali bendera, atau jaminan atau penunjukan kesetiaan tertentu.


Patriotisme banyak bergantung kepada tindakan simbolik, seperti mempamerkan
bendera, menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan beramai-ramai, meletakkan
pelekat bampar patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk
menyatakan kesetiaan kepada negara di peringkat umum. Patriotisme simbolik ketika
perang dijangka menaikkan semangat yang pula menyumbang kepada usaha perang.

Patriotisme masa aman tidak boleh dikaitkan begitu mudah kepada faedah yang boleh
diukur untuk negeri, namun patriot tidak merendah-rendahkannya.






Wednesday, 3 August 2016

         KEMPEN PATRIOT MUDA

Kami menjemput semua warga PNS untuk menyertai Kempen Patriot Muda bersempena

Hari Kebangsaan!!!

Tolong sokong dan menyertai Kempen ini........

Dianjurkan oleh Kumpulan Nilai Masyarakat..........

MAKSUD PATRIOTISME








NAMA AHLI KUMPULAN:

  1. SUKUNA A/P SANDAR (23DEC15F2008)
  2. KAMALA AMBIGAI SUNDRA RAJOO (23 DEC15F2044)
  3. LATCHUMI A/P MURUGESU (23 DRM15F2025)
  4. SHEELA ANN JOHNSON ( 23DEC15F2039)
  5. SUMITHARA A/P MAGANTHERAN (23DEC15F2027)




MAKSUD PATRIOTISME

Patriotisme berasal dari kata Patriot, yang ertinya adalah : pecinta dan pembela tanah air.  Patriotisme maksudnya adalah semangat cinta tanah air. Pengertian Patriotisme adalah sikap Untuk selalu mencintai atau membela tanah air, seorang pejuang sejati, pejuang bangsa yang mempunyai semangat, sikap dan perilaku cinta tanah air, dimana ia sudi mengorbankan segala-galanya bahkan jiwa sekalipun demi kemajuan, kejayaan dan kemakmuran tanah air.