23DEC15F2008

Thursday, 20 October 2016


Menyambut hari kemerdekaan dengan tanpa mengira kaum....




Menyambut hari kemerdekaan dengan tanpa mengira usia juga....

  RUMUSAN

Usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.


     Semangat patriotism dapat membantu pembangunan masyarakat dan pembangunan ekonomi. Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dapat dilakukan dengan mudah kerana masing-masing mempunyai inisiatif untuk membangun Negara. Industri pelancongan juga dapat dikembangkan. Negara berdaulat dan dihormati oleh orang ramai. Negara boleh menggorak langkah yang lebih jauh untuk mencapai Negara maju bukan sahaja dari aspek ekonomi tetapi jati diri bangsa Negara tersebut. Matlamat konsep patriotism adalah untuk membentuk rakyat yang bersemangat patriotik dan berkeperibadian Malaysia.
Rukun Negara
RUKUN NEGARA MALAYSIA

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME


Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan mengekalkan semangat cinta akan negara. Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan damai. Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme. Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi negara kita.
Semangat patriotisme juga dapat memupuk perpaduan kaum. Sesungguhnya, semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan kepentingan negara daripada kepentingan kaum. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai  program pembangunan untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni antara kaum akan dapat diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor pelancongan negara.

Kebaikan lain semangat patriotisme di kalangan rakyat ialah ia dapat menjadi contoh kepada generasi muda. Generasi muda khususnya yang lahir selepas merdeka kurang memahami kepentingan semangat patriotisme. Dengan adanya program-program yang menjurus kepada mewujudkan semangat patriotisme seperti sambutan Bulan Kemerdekaan ianya pasti dapat memberi kesedaran kepada generasi muda. Selain itu, generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme tidak akan melibatkan diri dengan perkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme.
Semangat patriotisme di kalangan rakyat juga dapat menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat.
Berikut merupakan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memupuk semula semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda : 
                                                                                                                           
a. Dalam kehidupan keluarga

                Mengibarkan bendera negara dihalaman rumah ketika hari besar nasional.
                Menjaga nama dan maruah keluarga dengan baik.
                Belajar bersungguh-sungguh untuk menyongsong hari esok.

                b. Dalam kehidupan sekolah

                Mengikuti upacara bendera dengan khidmat dan bersungguh-sungguh.
                Berdisiplin dalam mentaati tata tertib sekolah.
                Senantiasa untuk mencapai prestasi dan menjaga nama baik sekolah.                                                                                                                     Image result for patriotisme generasi muda

                c. Dalam kehidupan bermasyarakat

                 Melaksanakan upacara hari-hari besar nasional seperti hari kemerdekaan, hari sumpah pemuda, dan lain-lain.
                 Mendahulukan kepentingan umum daripada kepentingandiri sendiri.
                 Sentiasa menjaga nama dan disiplin diri sendiri dalam kalangan masyarakat.
                 Tidak sesekali melakukan perbuatan yang akan memburukkan nama dalam kalangan masyarakat.


                                                Image result for patriotisme keluarga